Patung Liberty

  • Patung Liberty
  • Statue of Liberty
  • Liberty Enlightening the World
LokasiPulau Liberty
Manhattan, Bandar Raya New York,
New York,[1]
Amerika Syarikat
Koordinat40°41′21″N 74°2′40″W / 40.68917°N 74.04444°W / 40.68917; -74.04444Koordinat: 40°41′21″N 74°2′40″W / 40.68917°N 74.04444°W / 40.68917; -74.04444
Tinggi
  • Kaki patung ke obor: 151 kaki 1 inci (46 meter)
  • Tapak ke obor: 305 kaki 1 inci (93 meter)
Didedikasikan28 Oktober 1886
Dibaikpulih pada1938, 1984–1986, 2011–2012
Tukang ukirFrédéric Auguste Bartholdi
Kadar dilawati3.2 juta orang   (in 2009)[2][3]
Majlis perbandaranU.S. National Park Service
Patung Liberty is located in Bumi
Patung Liberty
Patung Liberty (Bumi)

Liberty Enlightening the World[1] (Perancis: La Liberté éclairant le monde,[4][5] "Kebebasan Menyinari Dunia") lebih dikenali dengan nama Statue of Liberty ("Patung Kebebasan") adalah satu patung berukuran raksasa yang terletak di Pulau Ellis, di muara Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat. Patung ini diberikan secara rasmi pada 28 Oktober 1886 sebagai hadiah Perancis kepada negara tersebut sempena seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat diisytiharkan serta merupakan simbol persahabatan antara kedua-dua negara ini.

Rupa patung ini dipahat Frederic Auguste Bartholdi sambil Gustave Eiffel (pereka Menara Eiffel) merancang struktur dalamannya - di mana patung tersebut menggambarkan Libertas, dewi kebebasan Romawi memegang suatu obor di tangan kanannya dan suatu papan bertulis tarikh merdekanya Amerika Syarikat dalam angka Rumi - JULY IV MDCCLXXVI (4 Julai 1776); kakinya pula ada dicekak rantai belenggu yang tercabut melambangkan terhapusnya perhambaan yang baru sahaja dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat pada ketika itu.[6]

Sejak Patung Liberty ini dibuka kepada orang ramai, ia menjadi suatu simbol perdamaian yang menyambut baik para pengunjung dan imigran ke negara ini mahupun orang Amerika Syarikat yang pulang ke tanah air mereka; malah ia merupakan salah satu lambang negara tersebut yang paling terkenal di seluruh dunia, dan melambangkan kemerdekaan dan kebebasan. Patung ini dan kawasan sekitarnya turut dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO tahun 1984 atas keutamaan ia sebagai suatu "adikarya semangat manusia" dan "lambang kuat... kebebasan, kedamaian, hak asasi manusia, penghapusan perhambaan, demokrasi dan peluang".[7]

  1. ^ a b "Statue Of Liberty National Monument". National Park Service. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  2. ^ Schneiderman, R.M. (June 28, 2010). "For tourists, Statue of Liberty is nice, but no Forever 21". The Wall Street Journal. Dicapai pada 12 Oktober 2011.
  3. ^ Severson, Kim; Healey, Matthew (April 14, 2011). "This Lady Liberty is a Las Vegas teenager". The New York Times. Dicapai pada 20 Oktober 2011.
  4. ^ "Notice de l'œuvre sur le site du musée d'Orsay" (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  5. ^ "Frédéric-Auguste Bartholdi Liberté". Musée d'Orsay (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 28 Mei 2018.
  6. ^ "Abolition". Statue of Liberty National Monument (dalam bahasa Inggeris). National Park Service. February 26, 2015. Dicapai pada November 18, 2019.
  7. ^ "Statue of Liberty". World Heritage. UNESCO. Dicapai pada 20 Oktober 2011. masterpiece of the human spirit...endures as a highly potent symbol—inspiring contemplation, debate and protest—of ideals such as liberty, peace, human rights, abolition of slavery, democracy and opportunity.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne