Rom kuno

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Rom Purba
Kawasan di bawah penguasaan Rom

Rom Purba[1] atau Rom Kuno[2] merupakan sebuah peradaban yang bertumbuh daripada sebuah komuniti pertanian yang kecil yang diasaskan tepi Sungai Tiber di Rum (yakni "Rumawi", Jawi: روماوي),[3] pusat Semenanjung Itali pada sekitar abad ke-9 SM. Dalam tempoh dua belas abad kewujudannya, peradaban ini beralih daripada sebuah pemerintahan beraja kepada sebuah republik berasaskan gabungan oligarki serta demokrasi, dan kemudian menjadi sebuah empayar autokratik yang besar. Empayar Rom menguasai Eropah Barat dan seluruh kawasan yang mengelilingi Laut Mediterranean melalui penaklukan dan asimilasi.

Empayar Rom akhirnya merosot. Bahagian separuh barat empayar itu, termasuk Hispania, Gallia, dan Italia, berpisah menjadi kerajaan-kerajaan yang merdeka pada abad ke-5. Empayar Timur yang diperintah dari Kustantiniyah biasanya dirujuk sebagai Empayar Byzantium selepas tahun 476, tarikh tradisi untuk 'kejatuhan Rom' dan permulaan Zaman Pertengahan Awal yang juga dikenali sebagai Zaman Kelam.

Peradaban Rom seringnya digolongkan ke dalam "baharian klasik" bersama-sama dengan Yunani, sebuah peradaban yang banyak mengilhami kebudayaan Rom Kuno. Rom Kuno banyak menyumbangkan kepada perkembangan undang-undang, peperangan, seni, kesusasteraan, seni bina, teknologi, dan bahasa di dunia Barat, dengan sejarahnya masih amat mempengaruhi dunia pada hari ini.

  1. ^ Contoh kata sifat "purba" digunakan:
    • Catel, Patrick (2017). Perkaitan Antara Dahulu dengan Sekarang: Apakah Peninggalan Orang Rom Purba untuk Saya? Diterjemahkan oleh Mohd Suhaimi Mohd Nizam. Institut Terjemahan Buku Malaysia. ISBN 9789674604714
  2. ^ Contoh kata sifat "kuno" digunakan di:
    • Mohamed Anwar Omar Din (21 Ogos 1995). "Pembaratan dalam Bahasa dan Kesusasteraan Melayu". Kongres Bahasa Melayu Sedunia. m/s 108-31. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
  3. ^ "Rumawi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne