Segenting Kra

Segenting Kra is located in Bumi
Segenting Kra
Segenting Kra (Bumi)

Segenting Kra (Jawi: سݢنتيڠ کرا) merupakan bahagian genting dan sempit di selatan Thailand dan di utara Semenanjung Tanah Melayu. Bahagian barat Segenting Kra menjadi milik Myanmar. Bahagian timur menjadi milik negara Thailand. Segenting Kra menghadap Laut Andaman dan Lautan Hindi. Pantainya menerima kesan yang teruk akibat dari tsunami Acheh pada 26 Disember 2004.

Muara Sungai Kra menjadi daratan paling sempit dengan lebar 44 km. Tingginya 75 meter dari aras laut. Bandar utama ialah Kra Buri dalam wilayah Ranong, Thailand.

Segenting Kra adalah sebahagian dari rantaian gunung yang menganjur dari Tibet .Selatannya digelar rantaian kepulauan Phuket. Bahagian utara ialah Banjaran Tanah Sari sepanjang 400 km dan dikenali sebagai "Banjaran Tiga Pagoda".


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne