Semenanjung Tanah Melayu

Semenanjung Tanah Melayu
Gambar Semenanjung Tanah Melayu selintas diambil kakitangan Ekspedisi 28 di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Lokasi semenanjung Tanah Melayu. Warna hijau,biru tua dan ungu ialah wilayah asal orang Melayu yang dinamakan Semenanjung Tanah Melayu.
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Koordinat7°00′N 100°00′E / 7.000°N 100.000°E / 7.000; 100.000Koordinat: 7°00′N 100°00′E / 7.000°N 100.000°E / 7.000; 100.000
Luas242,363.8 km2 (93,577.2 bt2)
Pentadbiran

Semenanjung Tanah Melayu (Jawi: سمننجوڠ تانه ملايو, Cina: 马来半岛 / 馬來半島, Bahasa Thai: คาบสมุทรกระ RTGSKhābs̄muthr Kra, disebut [kʰâːp.sā.mùt krā];[1] Bahasa Burma: မလေး ကျွန်းဆွယ်;) atau Semenanjung Malaka[n 1] merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi,[3] di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya di Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Patani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.[4] Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.

  1. ^ "Kra Peninsula" [Semenanjung Kra]. britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica, Inc.
  2. ^ "Semenanjung". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016. -- Malaka; -- Arab
  3. ^ Sejarah Perjuangan Melayu Patani (Cetakan Kedua). 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-443-X (kulit lembut).
  4. ^ LATARBELAKANG SEJARAH DAN MASYARAKAT MELAYU PATANI, Hamdan Dato’ Mohd. Salleh


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "n", tetapi tiada tag <references group="n"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne