Syria

Republik Arab Syria
ريڤوبليك عرب سيريا
الجمهورية العربية السورية
Al-Jumhūriyyah al-ʿArabiyyah as-Sūriyyah
Bendera Syria
Jata Syria
Bendera Jata
Lagu kebangsaanحُمَاةَ الدِّيَار
Homat el Diyar
Peta kawasan di luar Syria
Peta kawasan di luar Syria
Peta kawasan di dalam Syria
Peta kawasan di dalam Syria
Ibu negara
dan bandar terbesar
Damsyik
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRepublik Berpresiden
• Presiden
Bashar al-Assad
Hussein Arnous
• Naib Presiden
Najah al-Attar
Kemerdekaan 
daripada Perancis
• Pengisytiharan pertama
September 1936
• Pengisytiharan kedua
1 Januari 1944
• Diiktiraf
17 April 1946
Keluasan
• Jumlah
185,180[1] km2 (71,500 bt2) (87th)
• Perairan (%)
1.1
Penduduk
• Perkiraan 2020
17,500,657 (66th)
• Bancian Penduduk 2010
21,018,834
118.3/km2 (306.4/sq mi) (70th)
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$71.74 bilion (ke-65)
$5,348 (ke-101)
HDI (2004)0.716
tinggi · ke-107
Mata wangPaun Syria
(SYP)
Zon waktuUTC+3 (EAT)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Kod panggilan963
Kod ISO 3166SY
DPT internet.sy

Syria (Arab: سوريا Sūriyā atau سورية Sūriyah), secara rasminya Republik Arab Syria (Arab:الجمهورية العربية السورية) ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Palestin di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyah dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk,[2] kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi.[3] Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh Parti Baath; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah Bashar al-Assad, anak kepada Hafez al-Assad yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000.[4] Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan, tetapi terkecuali rantau Jazira di timur laut kawasan Syira moden. Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai Syria Besar atau nama Arabnya Bilad al-Sham (بلاد الشام). Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau İskenderun, yang sekarang merupakan sebahagian wilayah Hatay di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika perang Enam Hari tahun 1967, Israel menawan Tanah Tinggi Golan daripada Syria.[5]

Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", Σύροι Syroi, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria.[6] nama itu mungkin merupakan berasal daripada Ἀσσυρία, Assyria, yang bverasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.[7]

  1. ^ "Syrian ministry of foreign affairs". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-11.
  2. ^ Syria CIA - The World Fact Book. 31 Mei 2007. Dipetik 13 Jun 2007.
  3. ^ Syria Foreign and Commonwealth Office. Dipetik 13 Jun 2007.
  4. ^ Baath Party The Columbia Encyclopedia Sixth Edition 2001–05. Dipetik 13 Jun 2007.
  5. ^ Pipes, Daniel. Is the Hatay Problem Solved? Daniel Pipes Blog. January 10, 2005. Dipetik 13 Jun 2007.
  6. ^ dalam Herodotus The Histories 7.63
  7. ^ Pertama kali dicadangkan oleh Theodor Nöldeke pada tahun 1881; cf. Harper, Douglas (2001). "Syria". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 2007-06-13. Unknown parameter |month= ignored (bantuan).

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne