Brazil

Republik Persekutuan Brazil
República Federativa do Brasil (Portugis)
Bendera Brazil
Jata negara Brazil
Bendera Jata negara
Cogan kata"Ordem e Progresso"
(Portugis: "Ketenteraman dan Kemajuan")
Lagu kebangsaanHino Nacional Brasileiro
(Portugis: "Lagu Kebangsaan Brazil")
Mohor negara
Selo Nacional do Brasil
(Portugis: Mohor negara Brazil)
Ibu negaraBrasília
15°47′S 47°52′W / 15.783°S 47.867°W / -15.783; -47.867
Bandar terbesarSão Paulo
23°33′S 46°38′W / 23.550°S 46.633°W / -23.550; -46.633
Bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan
Bahasa Portugis
Kumpulan etnik
(2010)
47.73% Putih
43.13% Pardo
7.61% Hitam
1.09% Asia
0.43% Amerindian
Agama
64.6% Katholik
22.2% Protestant
8.0% Tidak beragama
2.0% Spiritisme
3.2% Lain-lain
DemonimBangsa Brasil
KerajaanRepublik berperlembagaan persekutuan
• Presiden
Luiz Inácio Lula da Silva
Geraldo Alckmin
Badan perundanganKongres Kebangsaan
Senat Persekutuan
Dewan Perwakilan
Kemerdekaan 
7 September 1822
• Diiktiraf
29 Ogos 1825
• Republik
15 November 1889
5 Oktober 1988
Keluasan
• Jumlah
8,514,877 km2 (3,287,612 bt2) (ke-5)
• Perairan (%)
0.65
Populasi
• Perkiraan 2018
209,129,000[1] (ke-6)
25/km2 (64.7/sq mi) (ke-199)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$3.389 trillion[2] (ke-8)
$16,199[2] (ke-81)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$2.139 trillion[2] (ke-9)
$10,224[2] (ke-65)
Gini (2015)positive decrease 51.3[3]
tinggi
HDI (2015) 0.754[4]
tinggi · ke-79
Mata wangReal (R$)
(BRL)
Zon waktuUTC-2 sampai -4 (BRT)
• Musim panas (DST)
UTC-2 sampai -5 (BRST)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Arah memanduKanan
Kod panggilan+55
Kod ISO 3166BR
DPT internet.br
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"

Brazil (Portugis: Brasil, IPA: [bɾaˈziw]), nama rasmi: Republik Persekutuan Brazil[5] (Portugis: República Federativa do Brasil, Mengenai audio inidengar ), ialah negara terbesar di Amerika Selatan, dan juga negara kelima terbesar di dunia, dari segi keluasan geografi dan jumlah keluasan dengan lebih 190 juta orang penduduk.[6][7] Brazil merupakan berbahasa Portugis yang tunggal di benua Amerika, dan yang terbesar di dunia.[6]

Disempadani oleh Lautan Atlantik di timur, Brazil mempunyai garis tepi laut sepanjang lebih 7,491 km (4,655 bt).[6] Brazil bersempadan dengan Venezuela, Guyana, Suriname Guiana Perancis (sebuah wilayah tanggungan Perancis) di utara; Colombia di barat laut; Bolivia dan Peru di barat; Argentina dan Paraguay di barat daya, dan Uruguay di selatan. Wilayah Brazil juga dilengkapi dengan beberapa gugus kepulauan, seperti Fernando de Noronha, Atol Rocas, Batuan Saint Peter dan Paul, dan Trindade dan Martim Vaz.[6] Brazil bersempadan dengan hampir semua negara Amerika Selatan kecuali Ecuador dan Chile.

Brazil pernah menjadi tanah jajahan Portugal sejak ketibaan Pedro Álvares Cabral pada tahun 1500 hingga tahun 1815, apabila ia dinaik taraf ke Kerajaan Bersatu bersama Portugal dan Algarves. Ikatan kolonial itu akhirnya renggang pada tahun 1808, apabila ibu negara Negara Beraja Portugal dipindahkan dari Lisbon ke Rio de Janeiro, ekoran serangan Napoleon terhadap Portugal.[8] Kemerdekaan Brazil dari Portugal tercapai pada 1822. Mula-mulanya diasaskan sebagai Empayar Brazil, negara ini menjadi republik pada tahun 1889, namun sistem perundangan dwidewan, kini bergelar Kongres, diasaskan pada tahun 1824, apabila perlembagaan pertama negara diratifikasi.[8] Perlembagaan sekarang mentakrifkan Brazil sebagai sebuah Republik Persekutuan.[9] Persekutuan ini terbentuk oleh kesatuan Wilayah Persekutuan, 26 Negeri, dan 5,564 Kawasan Perbandaran.[9][10]

Ekonomi Brazil ialah ekonomi kelapan terbesar dari segi KDNK[11] dan ketujuh terbesar dari segi pariti kuasa beli.[12] Brazil merupakan salah sebuah ekonomi utama dunia yang paling pesat membangun. Atas berkat pembaharuan ekonomi, negara ini mendapat pengiktirafan antarabangsa.[13] Brazil merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G-20, CPLP, Kesatuan Latin, Pertubuhan Negara Ibero-Amerika, Mercosul dan Kesatuan Negara Amerika Selatan, dan juga salah sebuah negara BRIC. Brazil juga menjadi tempat letaknya kepelbagaian hidupan liar, persekitaran alam, dan sumber alam yang kaya di pelbagai habitat terlindung.[6]

  1. ^ "Brazil". IBGE population estimates.
  2. ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects". www.imf.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 17 April 2018.
  3. ^ "GINI index (World Bank estimate)". World Bank. Dicapai pada 9 November 2016.
  4. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 23 March 2017.
  5. ^ Mugnier, Clifford (Januari 2009). "Grids & Datums – Federative Republic of Brazil" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-01-14. Dicapai pada 2011-04-05. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ a b c d e "Geography of Brazil". Central Intelligence Agency. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2008-06-03. Unknown parameter |booktitle= ignored (bantuan)
  7. ^ "People of Brazil". Central Intelligence Agency. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2008-06-03. Unknown parameter |booktitle= ignored (bantuan)
  8. ^ a b "Introduction of Brazil". Central Intelligence Agency. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 2008-06-03. Unknown parameter |booktitle= ignored (bantuan)
  9. ^ a b "Brazilian Federal Constitution" (dalam bahasa Portugis). Presidency of the Republic. 1988. Dicapai pada 2008-06-03. "Brazilian Federal Constitution". v-brazil.com. 2007. Dicapai pada 2008-06-03. Unofficial translate
  10. ^ "Territorial units of the municipality level" (dalam bahasa Portugis). Brazilian Institute of Geography and Statistics. 2008. Dicapai pada 2008-06-03.
  11. ^ "World Development Indicators database" (PDF file), World Bank, 7 Oktober 2009.
  12. ^ "CIA – The World Factbook – Country Comparisons – GDP (purchasing power parity)". Cia.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada 25 Januari 2011.
  13. ^ Clendenning, Alan (2008-04-17). "Booming Brazil could be world power soon". USA Today – The Associated Press. m/s. 2. Dicapai pada 2008-12-12.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne