Orang Swahili (Swahili: WaSwahili , وَسوَحِيلِ) ialah penduduk yang tinggal di pantai Swahili dan kebanyakannya kumpulan etnik Bantu, Afro-Arab dan Comoro. Pantai Swahili merangkumi kepulauan Zanzibar dan pesisiran Tanzania, Kenya, utara Mozambique, Kepulauan Comoro dan Madagascar Barat Laut.
Orang Swahili asal membezakan diri mereka daripada kaum-kaum Bantu yang lain dengan memanggil diri mereka sebagai Waungwana (orang yang bertamadun). Di kawasan tertentu (cth. Pulau Lamu), terdapat pembezaan jelas dalam pengelompokan masyarakat dan dialek, menunjukkan bagaimana orang Swahili telah bergabung. Walau bagaimanapun pada masa kini, orang Swahili ialah mana-mana orang berketurunan Afrika yang berbahasa Swahili sebagai bahasa pertama, beragama Islam dan tinggal di sebuah bandar di Tanzania, Kenya, utara Mozambique dan Comoro, melalui proses swahilisasi atau pengswahilian.[11]
Nama Swahili berasal sebagai eksonim daripada bahasa Arab: سواحل, rumi: Sawāhil, lit. 'pantai-pantai' . Orang Swahili bercakap dalam bahasa Swahili. Orang Swahili menamakan diri mereka Waungwana, yang bermaksud "orang yang bertamadun."[11] Swahili Baku Moden berasal daripada dialek Kiunguja Zanzibar. Seperti kebanyakan bahasa dunia yang lain, Swahili telah meminjam banyak perkataan bahasa asing, khususnya istilah-istilah pentadbiran daripada bahasa Arab, tetapi juga perkataan daripada bahasa Portugis, Hindi dan Jerman. Dialek lain yang lebih tua seperti Kimrima dan Kitumbatu kurang mempunyai kata pinjaman Arab, menunjukkan Swahili asalnya adalah bahasa Bantu. Kiswahili menjadi bahasa perantara pantai Afrika Timur dan bahasa perdagangan dari abad ke-9. Pedagang dari Zanzibar mula menggunakan bahasa Swahili dengan lebih meluas pada akhir 1700-an, menjadikannya bahasa umum di seluruh Afrika Timur. Kini, Swahili adalah bahasa Afrika yang paling banyak dituturkan, digunakan oleh bukan sahaja orang Swahili.[12]
<ref>
tidak sah, nama "Spear 2000 257–290" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza