Gambia

Republik Gambia
The Gambia
Kambiya ߞߊ߲ߓߌߦߊ߫
Gámbi
Gambi 𞤘𞤢𞤥𞤦𞤭
Bendera Gambia
Jata Gambia
Bendera Jata
Cogan kata"Kemajuan, Keamanan, Kemakmuran"
Lagu kebangsaanFor The Gambia Our Homeland
Lokasi Gambia
Lokasi Gambia
Ibu negaraBanjul
Bandar terbesarSerekunda
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
Bahasa kebangsaan
Kumpulan etnik
(2013)
DemonimOrang Gambia
KerajaanRepublik berpresiden
• Presiden
Adama Barrow
Isatou Toray
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Keluasan
• Jumlah
10,689 km2 (4,127 bt2) (ke-159)
• Perairan (%)
11.5
Populasi
• Perkiraan 2020
2,173,999[1] (ke-144)
• Bancian Penduduk 2013
1,857,181[2]
176.1/km2 (456.1/sq mi) (ke-74)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$3.582 bilion[3]
$1,686[3]
KDNK (nominal)2017
•  Jumlah
$1.038 bilion[3]
$488[3]
Gini (2015)positive decrease 35.9[4]
sederhana
HDI (2018) 0.466[5]
rendah · ke-174
Mata wangDalasi
(GMD)
Zon waktuGMT
Arah memandukanan
Kod panggilan+220
Kod ISO 3166GM
DPT internet.gm

Gambia (bahasa Mandinka: Kambiya ߞߊ߲ߓߌߦߊ߫; Wolof: Gámbi, Fula: Gambi 𞤘𞤢𞤥𞤦𞤭) atau nama rasminya dikenali Republik Gambia (bahasa Inggeris: Republic of Gambia) ialah negara terkecil di benua Afrika. Ia suatu enklaf terletak di hujung Afrika Barat dikelilingi pada bahagian utara, timur, dan selatan oleh Senegal serta mempunyai pantai yang pendek Lautan Atlantik di sebelah barat. Sempadan Gambia lebih kurang menepati laluan Sungai Gambia yang mengalir merentasi bahagian tengah negara ke Lautan Atlantik. Saiznya sekitar 10,500 km², dengan jumlah penduduk sebanyak 1.7 juta orang. Banjul ialah ibu negara Gambia, tetapi konurbasi yang terbesar masih merupakan Serrekunda.

Pada 18 Februari 1965, Gambia diberi kemerdekaan oleh United Kingdom lalu menyertai Negara-Negara Komanwel, sehinggalah ia menarik diri pada Oktober 2013. Gambia berkongsi asal sejarah yang sama dengan banyak negara Afrika Barat, dengan perdagangan abdi merupakan faktor utama dalam pengasasan sebuah tanah jajahan di Sungai Gambia, mula-mulanya oleh orang Portugis dan kemudiannya oleh orang British. Sejak mencapai kemerdekaan, Gambia telah menghayati kestabilan, kecuali suatu tempoh pemerintahan tentera yang singkat pada 1994.[6]

Gambia ialah negara yang kaya dengan pertanian, dengan ekonominya dikuasai oleh pertanian dan penternakan, perikanan, serta pelancongan. Hampir sepertiga jumlah penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa sebanyak AS$1.25 sehari.[7]

  1. ^ "The World Factbook: Gambia, The". CIA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2020. Dicapai pada 3 Jun 2020.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 2013Census
  3. ^ a b c d "The Gambia". Tabung Kewangan Antarabangsa.
  4. ^ "GINI index (World Bank estimate) - Data". data.worldbank.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2018. Dicapai pada 21 April 2018.
  5. ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  6. ^ Colin Freeman, David Blair (3 Okt 2013). "Gambia to leave the Commonwealth after president accuses West of lecturing him on human rights". Telegraph. Dicapai pada 6 Oktober 2013.
  7. ^ Human Development Indices, Table 3: Human and income poverty, p. 35. Retrieved on 1 June 2009

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne