Qatar

Negara Qatar
نڬارا قطر
دولة قطر (Arab)
Dawlat Qaṭar
Bendera Qatar
Lambang Qatar
Bendera Lambang
Lagu kebangsaanالسلام الأميري
As Salam al Amiri  (transliterasi)
Amiri Salute

Kedudukan Qatar (hijau tua) di Semenanjung Arab.
Kedudukan Qatar (hijau tua) di Semenanjung Arab.
Ibu negara
dan bandar terbesar
Doha
25°18′N 51°31′E / 25.300°N 51.517°E / 25.300; 51.517
Bahasa rasmiArab
Bahasa-bahasa yang diakuiInggeris
Kumpulan etnik
(2019)
Agama
Islam
DemonimQatar
KerajaanMonarki Berperlembagaan Kesatuan
• Emir
Tamim bin Hamad Al Thani
• Timbalan Emir
Abdullah bin Hamad bin Khalifa Al Thani
Mohammed bin Abdulrahman Al Thani
Badan perundanganDewan Perundingan
Pendirian
18 Disember 1878
• Kemerdekaan diistiharkan

1 September 1971
• Kemerdekaan daripada United Kingdom

3 September 1971
Keluasan
• Jumlah
11,586 km2 (4,473 bt2) (ke-164)
• Perairan (%)
0.8
Penduduk
• Perkiraan 2016
2,675,522[a][1] (ke-142)
• Bancian Penduduk 2010
1,699,435[2] (ke-148)
176/km2 (455.8/sq mi) (ke-76)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$353.143 bilion[3] (ke-49)
$145,894[3] (pertama)
KDNK (nominal)2015
•  Jumlah
$185.395 bilion[3]
$68,940[4] (ke-4)
Gini (2007)41.1[5]
sederhana
HDI (2014) 0.850[6]
sangat tinggi · ke-32
Mata wangRiyal Qatar
(QAR)
Zon waktuUTC+3 (AST)
Arah memandukanan[7]
Kod panggilan+974
Kod ISO 3166QA
DPT internet

Qavar(Arab: قَطَر, rumi: Qaṭar [ˈqɑtˤɑr]; sebutan dalam lahjah tempatan: [ˈɡɪtˤɑr])[8][9] atau nama rasminya Negara Qavar (Arab: دَوْلَة قَطَر, rumi: Dawlat Qaṭar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di Asia Barat, menduduki Semenanjung Qatar kecil di timur laut Semenanjung Arab. Satu-satunya sempadan daratnya adalah dengan Arab Saudi di selatan manakala sempadan selebihnya dikelilingi oleh Teluk Parsi; yang mana memisahkan Qatar dengan negara pulau yang berjiran iaitu Bahrain.

Selepas pemerintahan Uthmaniyah, Qatar menjadi sebuah jajahan naungan Britain pada awal kurun ke-20 sehingga ia mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Qatar telah diperintah oleh Kerabat Thani sejak awal kurun ke-19. Sheikh Jassim bin Mohammed Al Thani merupakan pengasas Negara Qatar. Qatar adalah sebuah negara monarki warisan dan ketua negaranya adalah Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Sama ada Qatar dianggap sebagai sebuah monarki berperlembagaan[10][11] atau monarki mutlak[12][13][14][15] hanya satu perbezaan pendapat. Pada tahun 2003, perlembagaan telah diluluskan dalam satu pungutan suara, dengan hampir 98% bersetuju.[16][17] Pada awal tahun2017, jumlah penduduk Qatar adalah 2.6 juta: 313,000 orang adalah warganegara Qatar dan 2.3 juta orang ekspatriat.[18]

Qatar adalah sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi, disokong oleh simpanan gas asli dan minyak ketiga terbesar di dunia .[19] Negara ini merupakan negara pendapatan per kapita tertinggi di dunia. Qatar dikelaskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai sebuah negara dengan pembangunan manusia tertinggi dan merupakan negara Arab paling maju dalam pembangunan manusia.[20] Qatar adalah sebuah kuasa penting di Dunia Arab, menyokong beberapa kumpula pejuang semasa Rusuhan Arab dari segi kewangan dan melalui kumpulan media yang berkembang di peringkat global, Al Jazeera Media Network.[21][22][23] Berdasarkan saiznya, Qatar membawa pengaruh besar di dunia, dan telah dikenalpasti sebagai sebuah kuasa pertengahan.[24][25] Qatar telahpun menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022, menjadi negara Arab pertama yang melakukannya.[26]

Pada 5 Jun 2017, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar, dengan menuduhnya membiayai keganasan dan mencampuri hubungan dalaman negara-negara yang berjiran dengannya yang mana menyebabkan krisis diplomatik Qatar 2017.

  1. ^ "Population structure". Ministry of Development Planning and Statistics. 31 January 2017.
  2. ^ "Populations". Qsa.gov.qa. Dicapai pada 2 October 2010.
  3. ^ a b c "Report for qatar (PPP valuation of country GDP)". IMF. October 2016.
  4. ^ "Report for Selected Countries and Subjects (PPP valuation of country GDP)". IMF. October 2016.
  5. ^ "GINI index". World Bank. Dicapai pada 22 January 2013.
  6. ^ "2015 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2015. Dicapai pada 14 December 2015.
  7. ^ "List of left- & right-driving countries - World Standards". Dicapai pada 5 June 2017.
  8. ^ Johnstone, T. M. (2008). "Encyclopaedia of Islam". Ķaṭar. Brill Online. Dicapai pada 22 January 2013. (langganan diperlukan)
  9. ^ "How do you say 'Qatar'? Senate hearing has the answer". Washington Post. 12 June 2014. Dicapai pada 12 March 2015.
  10. ^ BBC News, How democratic is the Middle East?, 9 September 2005.
  11. ^ United States Department of State Country Reports on Human Rights Practices for 2011: Qatar, 2011.
  12. ^ "US State Dept's Country Political Profile - Qatar" (PDF).
  13. ^ Gardener, David. "Qatar shows how to manage a modern monarchy". Financial Times.
  14. ^ "The World Factbook". CIA Factbook.
  15. ^ "Canada – Qatar Bilateral Relations". Government of Canada.
  16. ^ "IFES Election Guide - Elections: Qatar Referendum Apr 29 2003". www.electionguide.org. Dicapai pada 5 June 2017.
  17. ^ "Qatar 2003". www.princeton.edu. Dicapai pada 5 June 2017.
  18. ^ "Population of Qatar by nationality - 2017 report". Dicapai pada 7 February 2017.
  19. ^ "Indices & Data | Human Development Reports". United Nations Development Programme. 14 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2013. Dicapai pada 27 June 2013.
  20. ^ "Qatar human development".
  21. ^ Dagher, Sam (17 October 2011). "Tiny Kingdom's Huge Role in Libya Draws Concern". Online.wsj.com. Dicapai pada 30 December 2013.
  22. ^ "Qatar: Rise of an Underdog". Politicsandpolicy.org. Dicapai pada 30 December 2013.
  23. ^ Ian Black in Tripoli. "Qatar admits sending hundreds of troops to support Libya rebels". Theguardian.com. Dicapai pada 30 December 2013.
  24. ^ Cooper, Andrew F. "Middle Powers: Squeezed out or Adaptive?". Public Diplomacy Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 12 March 2015.
  25. ^ Kamrava, Mehran. "Mediation and Qatari Foreign Policy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-07. Dicapai pada 12 March 2015.
  26. ^ Paul Rhys in Doha. "Blatter reaches out to Arabia". Aljazeera.com. Dicapai pada 30 December 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne