Jepun

Koordinat: 35°N 136°E / 35°N 136°E / 35; 136

Jepun
جڤون
日本国
Nippon-koku
Nihon-koku
Centered deep red circle on a white rectangle [1]
Golden circle subdivided by golden wedges with rounded outer edges and thin black outlines
Bendera Meterai Imperial
Lagu kebangsaan
  • "Kimigayo"
  • 君が代

"Pemerintahan Duli Tuanku"[2][3]
Mohor Kerajaan Jepun
  • Seal of the Office of the Prime Minister and the Government of Japan
  • Go-Shichi no Kiri (五七桐)
Projection of Asia with Japan's Area coloured green
Lokasi Jepun di Asia
Ibu negara
dan bandar terbesar
Tokyo [4]
35°41′N 139°46′E / 35.683°N 139.767°E / 35.683; 139.767
Bahasa rasmiBahasa Jepun[5]
Bahasa umum
yang diakui
Bahasa Kebangsaan

Tulisan kebangsaan


Bahasa Jepun[7]
Bahasa Inggeris

Kanji
Hiragana
Katakana
Kumpulan etnik
(2011[8])
Agama
DemonimJepun
KerajaanNegara kesatuan berdemokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan
• Maharaja
Naruhito (徳仁)
Fumio Kishida (岸田 文雄)
Badan perundanganKokkai
Dewan Kaunselor
Dewan Perwakilan
Pembentukan
11 Februari 660 SM[9]
29 November 1890
3 Mei 1947
Keluasan
• Jumlah
377,972 km2 (145,936 bt2)[10] (ke-62)
• Perairan (%)
0.8
Penduduk
• Bancian Penduduk 2017
126,730,000[11] (ke-11)
336/km2 (870.2/sq mi) (ke-36)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$5.420 trilionRalat petik: Parameter tidak sah dalam teg <ref> (ke-4)
$42,860[12] (ke-27)
KDNK (nominal)2017
•  Jumlah
$4.841 trilion[12] (ke-3)
$38,281[12] (ke-20)
Gini (2008)37.6[13]
sederhana · ke-76
HDI (2015) 0.903[14]
sangat tinggi · ke-17
Mata wang¥ atau - disebut (Yen)
(JPY)
Zon waktuUTC+9 (JST)
• Musim panas (DST)
UTC+9 (tidak diamalkan)
Format tarikh
  • yyyy-mm-dd
  • yyyy年m月d日
  • Zaman yy年m月d日 (CE−1988)
Arah memandukiri
Kod panggilan+81
Kod ISO 3166JP
DPT internet.jp
Laman sesawang rasmi
www.japan.go.jp
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "1 = <span style="position:rel...<ref>...</ref>"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area_magnitude"
Jepun
Japanese name
Kanji日本国
Kanaニッポンコク
ニホンコク
Hiraganaにっぽんこく
にほんこく
Kyūjitai日本國

Jepun (Jawi: جڤون; bahasa Jepun: 日本 Nippon/Nihon, nama rasmi:日本国 Nipponkoku/Nihonkoku Mengenai audio inidengarkan ) ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea dan Rusia. Pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut China Timur iaitu kawasan selatan Okinawa terletak berdekatan Laut China Selatan rebutan jiran dengan Taiwan, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Jepun terdiri daripada 6,852 pulau[16] yang membentuk segugusan kepulauan. Pulau-pulau utama dari utara ke selatan ialah Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebahagian besar pulau di Jepun bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam. Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang menjadikannya negara ke-10 paling ramai penduduknya di dunia. Tokyo ialah ibu negara Jepun yang bertaraf "kawasan metropolitan". Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada di wilayah-wilayah sekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya diduduki lebih 30 juta orang.

Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 SM. Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya berada di tangan anggota istana, syogun, pihak tentera, dan dalam zaman moden, di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepun tahun 1947, Jepun ialah sebuah negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun.

Sebagai kuasa ekonomi utama,[8] Jepun memiliki ekonomi ketiga terbesar, dan semua keuntungan jepun, dilaburkan Malaysia. dari segi KDNK nominal[17] mahupun pariti kuasa beli. Jepun ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, G8, OECD dan APEC. Jepun dilengkapi sistem pertahanan yang cukup dengan dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal pembinasa yang besar. Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang tinggi (tempat ke-8 dalam Indeks Pembangunan Manusia) dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB.[18] Dalam bidang teknologi, Jepun ialah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.

  1. ^ "National Flag and National Anthem". Dicapai pada 29 Januari 2017. The Rising Sun Flag and "Kimi Ga Yo" are respectively the national flag and anthem of Japan. This was formalized in 1999 with the Law Regarding the National Flag and National Anthem.
  2. ^ "Explore Japan National Flag and National Anthem". Dicapai pada 29 Januari 2017.
  3. ^ "National Symbols". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 29 Januari 2017.
  4. ^ "History of Tokyo". Dicapai pada 29 Januari 2017. The Edo Period lasted for nearly 260 years until the Meiji Restoration in 1868, when the Tokugawa Shogunate ended and imperial rule was restored. The Emperor moved to Edo, which was renamed Tokyo. Thus, Tokyo became the capital of Japan
  5. ^ 法制執務コラム集「法律と国語・日本語」 (dalam bahasa Japanese). Legislative Bureau of the House of Councillors. Dicapai pada 19 Januari 2009.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Japan Languages" (dalam bahasa English). Dicapai pada 29 Januari 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Literacy and Language Classes in Community Centers, Country Profile: Japan". Dicapai pada 29 Januari 2017.
  8. ^ a b "World Factbook: Japan". CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-28. Dicapai pada 15 Januari 2011.
  9. ^ Mengikut legenda, pada tarikh inilah Jepun diasaskan oleh Maharaja Jimmu, maharaja pertama Jepun.
  10. ^ (Inggeris) "Facts about Japan, General Information". Dicapai pada 29 Januari 2017.
  11. ^ "最新結果一覧 政府統計の総合窓口 GL08020101". Statistics Bureau of Japan. Dicapai pada 27 April 2016.
  12. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama imf2
  13. ^ (Inggeris) "World Factbook: Gini Index". CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-25. Dicapai pada 11 Mei 2011.
  14. ^ (Inggeris) "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 23 Mac 2017.
  15. ^ (Jepun) "世界60カ国価値観データブック" [Sixty Countries' Values Databook]. Dentsu Communication Institute, Japan Research Center. 2000. Dicapai pada 16 Jun 2017.
  16. ^ "Facts and Figures of Japan 2007 01: Land" (PDF). Foreign Press Center Japan. Dicapai pada 2009-07-04.
  17. ^ Inman, James (21 January 2011). "China confirmed as World's Second Largest Economy". The Guardian. Dicapai pada 21 Januari 2011.
  18. ^ United Nations World Population Propsects: 2006 revision – Table A.17 for 2005-2010

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne