Singapura

Republik Singapura
ريڤوبليک سيڠاڤورا
3 nama rasmi lain
    • Republic of Singapore (bahasa Inggeris)
    • 新加坡共和国 (Cina)
    • சிங்கப்பூர் குடியரசு (Tamil)
Bendera Singapura
Jata Singapura
Bendera Jata
Cogan kataMajulah Singapura
Lagu kebangsaanMajulah Singapura
Lokasi Singapura
Bahasa rasmi
Bahasa KebangsaanBahasa Melayu
Kumpulan etnik
(2020)[1]
Agama
(2020)[1]
KerajaanRepublik berparlimen Kesatuan Dominan
• Presiden
Tharman Shanmugaratnam
Lawrence Wong
Badan perundanganParlimen
Kemerdekaan 
3 Jun 1959
16 September 1963
9 Ogos 1965
8 Ogos 1967
Keluasan
• Jumlah
728.6 km2 (281.3 bt2)[2] (ke-178)
Penduduk
• Perkiraan 2021
5,453,600[a] (ke-115)
7,804/km2 (20,212.3/sq mi) (ke-2)
KDNK (PPP)2021
• Jumlah
$600.063 bilion[4] (ke-38)
$102,742[4] (ke-2)
KDNK (nominal)2021
•  Jumlah
$374.394 bilion[4] (ke-38)
$64,103[4] (ke-8)
Gini (2017) 45.9[5]
sederhana
HDI (2019) 0.938[6]
sangat tinggi · ke-11
Mata wangDolar Singapura (S$)
(SGD)
Zon waktuUTC+8 (SST)
Format tarikhdd/mm/yyyy
Bekalan elektrik
sesalur
230 V–50 Hz
Arah memandukiri
Kod panggilan+65
Kod ISO 3166SG
DPT internet.sg

Singapura, secara rasminya Republik Singapura (Jawi: ريڤوبليک سيڠاڤورا) , merupakan sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul[7] dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.[8]

Singapura mencatat sejarah penghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir 5 juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia lain, dan ras Caucasus.[9] 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing.[10][11] Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakang Monaco.[12] A.T. Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalam Indeks Globalisasi.[13]

Sebelum merdeka pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi pelabuhan yang bersemangat dengan KDNK per kapita sebanyak $511, iaitu ketiga tertinggi di Asia Timur ketika itu.[14] Selepas merdeka, pelaburan langsung asing dan dorongan kerajaan ke arah pengindustrian berasaskan rancangan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi yang baru.[15]

Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index".[16] Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.[17][18] Negara ini juga dilengkapi angkatan tentera yang canggih dan lengkap dari segi teknologinya.[19][20]

  1. ^ a b "Census 2020" (PDF). Singapore Department of Statistics. Dicapai pada 16 June 2021.
  2. ^ "Environment". Base. Dicapai pada 19 Julai 2021.
  3. ^ "Population and Population Structure". Singstat. Department of Statistics Singapore. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
  4. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, Oktober 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 21 June 2020.
  5. ^ "DISTRIBUTION OF FAMILY INCOME – GINI INDEX". Central Intelligence Agency. Dicapai pada 25 Januari 2019.
  6. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
  7. ^ "Global Financial Centres 7", City of London, Mac 2010.
  8. ^ Kelly, Rachel (10 Januari 2008). "Singapore retains busiest world port title". Channel News Asia. Singapura. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-03. Dicapai pada 2010-11-09.
  9. ^ "Statistics location=Singapura - Latest Data". Singstat.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 23 Ogos 2010. Missing pipe in: |title= (bantuan)
  10. ^ "Trends in international migrant stock: The 2008 revision", United Nations, Department of Economic and Social Affairs, Population Division (2009).
  11. ^ "Population Trends 2009", Singapore Department of Statistics. ISSN 1793-2424
  12. ^ Senarai negara mengikut kepadatan penduduk.
  13. ^ "Measuring Globalization", Foreign Policy, no date.
  14. ^ GDP (per capita) (1968) by country, NationMaster.com.
  15. ^ Murphy, Craig (2006). The United Nations Development Programme: A Better Way?. Cambridge University Press. m/s. 101. ISBN 9780521864695.
  16. ^ "The Economist Intelligence Unit's quality-of-life index", 2005.
  17. ^ Official Foreign Reserves, Monetary Authority of Singapore.
  18. ^ Top 10 countries with Largest Foreign Exchange Reserves Diarkibkan 2011-11-08 di Wayback Machine, Shine, 8 September 2009.
  19. ^ Moss, Trefor (18 Januari 2010). "Buying an advantage". Jane's Defence Review.
  20. ^ Mohamad Faisol Keling; Md. Shukri Shuib; Mohd Na'eim Ajis (2009). "The Impact of Singapore's Military Development on Malaysia's Security". Journal of Politics and Law. Canadian Center of Science and Education. 2 (2). ISSN 1913-9047.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne